APA KHABAR IMAN ANDA~

Isnin, 23 Januari 2012


iSTiKHARAH CiNTA




Ops!! Aku suka dia ke?? Kenapa asyik2 terfikir-fikir dia saja?? Aduh..nak buat macam mana ye?? Bagitahu?? Tulis surat?? Minta couple?? Argh !!tak boleh..ALLAH TAK REDHA.. tak kan aku nak buat macam tu..BERDOSA!!aduh….suara nafsu syaitan terus mmbisikkan di hati dan jiwa ku.. apa aku nak buat ni.. ?? Aku menangis..stress..bantu aku!! Hati aku menjerit..
Ttiba-tiba aku terdengar suatu bisikan…ISTIKHARAH LAH.!!

Ya! Aku yakin! Itulah bisikan iman..bisikan iman ku yang menyuruh aku melakukan istikharah… Alhamdulillah..iman aku masih mampu menandingi nafsu diri ku,,aku tahu..ALLAH mahu mmbantu aku! Alhamdulillah!

Di kesepian malam..aku tahajjud..sekali aku mgharapkan keampunan ALLAH...aku jatuh cinta?? Sejurus itu air mata ku mula mengalir..YA ALLAH..maaf kan aku ya ALLAH..aku lemah… aku telah membiarkan hati ku di curi cinta insan bernama lelaki..air mata ku mengalir deras..  jujur aku mengharap keampunan ALLAH.. aku takut..aku takut ALLAH murka.. sangat takut..
Ya ALLAH..aku buntu..aku  tidak suka perasaan macam ni.. ya ALLAH berikn aku kekuatan.. aku cuba meguatkan hati ku.. air mata terus mengalir laju…maaf kan aku ya ALLAH..belum sempat cinta ku sempurna untukMU..aku telah membiarkan hati ini disentuh perasaan cinta terhadap cinta insani.. ampunilah kekhilafan diri ini ya ALLAH..

******************************************************************************

 Aku mula melakukan istikharah.. istiqamah aku melakukannya.. betul-betul mengharapkan petunjuk dan jawapn dari ALLAH… tetapi,dalam masa itu..aku mncari-cari dia.. eh?? Ap aku buat ni?? Astaghfirullah..tidak sepatutnya aku sebegini..sepatutnya aku mengawal perasaan ku agar aku tidak menjadi  terlalu memikirkannya..astaghfirullah..ampunkan aku ya ALLAH.. setiap malam aku melakukan nya..aku cuba bersabar.. menunggu petunjuk dari ALLAH.. benarkah dia untukku??  Ak mengulangi doa ku..

 “Ya Allah, sesungguhnya aku beristikharah dengan ilmuMu dan memohon dari kekuasaanMu, dan aku memohon dari kurnianMu dan agung, dan sesungguhnya Dikaulah yang maha berkuasa dan tiadalah aku berkuasa, Dikau Maha mengetahui dan aku tidak mengetahui, dan dikau maha mengetahui perkara Ghayb, Ya Allah sekiranya perasan ku terhadapny (nama dirahsiakn) baik untukku pada agamaku, kehidupanku dan pengakhiranku, maka taqdirkan ia bagiku, dan sekiranya perasaan ku terhadapnya ini buruk bagiku, agamaku,kehidupanku dan pengakhiranku, jauhkan ia dariku dan jauhkan ku darinya, dan berikanlah aku yang terbaik dimana jua ia berada dan jadikanlah daku redha dengannya”..

YA ALLAH ,,AKU REDHA..

Aku tidak kisah jika dia bukan untukku..kerana..redha dan jawapn ALLAH itu yang terpenting buat ku..siapa pun dia..aku terima.. hakikat nya..ALLAH tidak akan menghampakan hambanya yang ikhlas…itu yang aku pegang dalam hidup aku..
DAN…

Hati aku tenang..tidak pernah aku merasai ketenangan seperti itu,.,sesejuk angin subuh.. setenang pagi dhuha.. SUBHANALLAH..MASYAALLAH.. tenang nya.. segala-gala ku rasa kan tiada apa yang berlaku..ALHAMDULILLAH.. terima kasih ya ALLAH.. (T_T)

*****************************************************************************

“Da siap??” tegur suami ku.. senyum..
“kholas”..jawab ku smbil tersenyum.. Alhamdulillah.,.,dari ketenagan yang kurasakn itu aku tahu itu lah petunjuk dari ALLAH..kini insan yg aku  beristikaharah itu kini menjadi suami ku.. ak tahu dia lah  jawapan yg terbaik dari ALLAH..permata di hati…terima kasih ALLAH..

LAHAUWLAWALAQUWWATAILLAH BILLAH….^^

Kesimpulannya…
jangan pandang rendah pada istikharah..:). Istikharah lah untuk memilih yang terbaik dalam hidup kita..jangan di specifickan hanya dalam aspek jodoh, malah banyak aspek lain yang boleh kita lakukan untuk memilih yang terbaik…nak pilih kerja pun boleh beristikharah..^^ pokoknya,beristikharah lah kpada ALLAH  kerana ALLAH yang paling tahu apa yang trbaik untuk kita.. dan pilihan ALLAH lah yang paling baik.. tiada tolok bandingnya..kerana ALLAH adalah perancang dan penentu yang PALING TERBAIK!! ^_^ DIA MAHA MENGETAHUI…