APA KHABAR IMAN ANDA~

Ahad, 14 November 2010

Kelebihan Seorang Insan yang Bernama Wanita

HADIS-HADIS NABI : MENGENALI WANITA
Oleh Faza-Miza (Petikan dari Majalah Perkahwinan)

Ramai yang tidak tahu bahawa ada beberapa pekara yang telah tercatit dalam hadis yangmengisahkan perbezaan darjat kaum wanita dan lelaki. Perbezaan-perbezaan ini yang menaikan darjat kaum wanita.Ciri-ciri tersebut disesenaraikan di bawah ini :-

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuatdaripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibulebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dlm rahimnya,maka beristighfarlahpara malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dgn 1,000 kebajikan danmenghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mula sakit hendak bersalin,maka Allah mencatatkan
baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak,keluarlah dia dari dosa-dosa seperti
keadaan ibunya melahirkanya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada
susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allahmemberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membelaagama Allah.

7. Barangsiapa yang mengembirakan akan perempuannya, darjatnya seumpama orangyang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah akandiharamkan api neraka keatas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makan dari pasar ke rumah)lalu diberikankepada keluarganay, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anakperempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuanseolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama,maka Allah
memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun)

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan,memeliharakehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahajayang dikehendaki.

11.Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh

12.Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknyaterhadap wanita?? Jawab Rasulullah,"Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?"Jawab Rasulullah, "Ibunya".

13.Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan
ibumu dahulu.

14.Wanita yang taat akan suaminya, ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit,matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminyaserta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka danterbuka pintu-pintu syurga.Masuklah dari mana? mana pintu yang di kehendaki dengantidak dihisab.

16. Syurga itu dibawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di
dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau duaanak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulandengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab,maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anakperempuannya, lalu berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalangbaginya daripada api neraka.

Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah.wanita sebenarnya yang membuat seseoranglelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah .
~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan