so..cerita kali ini..ana ambil dari sahabat ana..dimana cerita ini agak famous dan menarik untuk dibaca.. semoga pengisian kali ini memberi manfaat dan pengajaran buat kita semua...:)
Kisah
ini berlaku semasa zaman Nabi Sulaiman a.s. Pada suatu hari, Nabi Sulaiman bin
Daud a.s mengadakan sebuah majlis keramaian dan menjemput semua rakyat baginda
untuk menghadiri majlis itu. Ketika majlis itu sedang berlangsung, terdapat
seorang pemuda yang sedang mengambil makanan.
Tiba-tiba dia terperasan yang seseorang yang tidak
dikenali sedang merenungnya dengan pandangan yang begitu tajam sekali. Pemuda
itu menjadi begitu risau dan hilang selera makannya. Ketika hendak pulang ke
rumah, pemuda tersebut disapa oleh tuan rumah; iaitu Nabi Sulaiman a.s. Lalu
dia pun menceritakan kisahnya bertemu dengan seseorang yang memandang tajam
terhadapnya. Lalu Nabi Sulaiman dengan tenang mengatakan bahawa itu adalah
malaikat Izrail. Pemuda itu dapat merasakan bahawasanya Malaikat Maut telah
datang untuk mencabut nyawanya.
Lalu dia meminta Nabi Sulaiman agar menghantarnya ke
sebuah pulau yang jauh lagi tidak berpenghuni dan tidak diketahui oleh seorang
pun, dengan harapan Malaikat Maut tidak dapat mencarinya. Maka Nabi Sulaiman
dengan kemampuannya telah mengarahkan angin untuk menghantar pemuda tersebut ke
pulau yang diminta.
Apabila sampai di pulau tersebut, pemuda itu begitu
gembira kerana telah berjaya lari daripada maut. Tetapi, ketika mana dia
menoleh ke belakang, dia terkejut besar apabila mendapati Malaikat Maut telah
tercegat di belakangnya!
Dengan perasaan berputus asa, dia bertanya kepada
Malaikat Izrail mengapakah dia merenungnya tajam ketika dalam majlis Nabi
Sulaiman.
Maka Malaikat Izrail menjawab, sebelum dia berjumpa
dengan pemuda itu di dalam majlis tersebut, Malaikat Izrail telah mendapat
perintah daripada Allah azza wa jalla untuk mencabut nyawa pemuda itu di sebuah
pulau yang jauh dan tidak berpenghuni, iaitu di pulau yang sedang mereka
berdiri ketika itu. Apabila dia bertemu dengannya dalam majlis tersebut,
Malaikat Izrail menjadi begitu hairan kerana pemuda itu berada di majlis
tersebut sedangkan dia ( Izrail) dititahkan untuk mencabut nyawanya di sebuah
tempat yang begitu jauh daripada tempat majlis itu berlangsung dalam masa
beberapa minit lagi. Malaikat Izrail tertanya-tanya bagaimana mungkin pemuda
itu dapat pergi ke tempat yang begitu jauh dalam masa yang cukup singkat.
Namun, apabila Malaikat Izrail sampai di pulau di mana dia perlu mencabut nyawa
pemuda itu, didapati pemuda tersebut telah berada dipulau itu. Maka mudahlah
kerjanya. Barulah pemuda iu sedar bahawasanya Allah s. w. t. itu Maha Berkuasa
dan maut itu akan merenggut kita di mana jua kita berada.