APA KHABAR IMAN ANDA~

Sabtu, 7 Januari 2012


EMAK~ MANA EMAK?

Assalamualaikum..apa khabar semua?


wahai kawan2 ..pnjam kn beberape minit 4 read this article..
wLaupun nie 'copy n paste' (x tau dari mana tah..lupe source nye..huhu.maaf2..)tp amat3 bermakna ....

"Mana Mak?'

Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?



mmmmuuuaaahh!! sayang emak!^^

Jumaat, 30 Disember 2011


‘BAJET’ & ‘GILA’ ??

Assalamualaikum semua..hai..apa kabar?? Hope sume sihat dan sentiasa di dalam kasih dn rahmat ALLAH SWT.. Alhamdulillah.. saya pun sihat..cme ad msalah bengkak gusi..kesiankn kat saya??hahah..orait..

Bercakap mengenai sakit ni..err.. ad kaitan ke dgn tajuk kat atas tu?? Err..ntah la..mungkin..MUNGKIN?? ya! Mungkin…(^^)..
Ok la..x nak merapu panjang2.. sebenarnya,,saya nk share satu benda kat hampa..orait,kite straight 2 de point..
Kawan2..pernah x dengar 2 prkataan kat atas tu.. BAJET & GILA.. ha..mesti la pernah kn?? Sapa x pernah dgr, memang pelik gila! OPSSS!! GILA???!  Err..sorri.. ceh, bajet baik la plak..OPS LAGI SKALI! BAJET??!.. (sungguh! Ini tidak kool.!)

Ha…jadi, itu la bnda yg saya nak ulas sebernarny… bukan nk jadi kn isu atau kontroversi.. tapi sebenarnya,, saya cuma nak membincangkan 2 perkataan ni yg hakikatnya menjadi fenomena dalam bahasa masyarakat kini..lebih2  lagi dalam kalangan remaja @ budak2 muda..
“weyh, bajet la kau!”
“gile best cte tadi!”
“x yah nak bajet comel sangat la..”
“pergh! Dy bawak memang laju gile la!!”

*Nampak x kawan2?? Pernah x kite sebut 2 prkataan tu?? Pernah kan??saya pun pernah…tapi tu dulu la.. sekarang da x dah.. nak tau sbb apa?? Meh, cek nk habaq mai..

Pada suatu petang yang hening, (err..cm format karangan la pulak..xpe, proceed..) ada la cite pada suatu petang yg best~
Tgh saya borak2 dgn adik saya, tibe2 saya trkeluar prkataan gile..(terkeluar ke atau memang da biasa cakap??)
                      Err…(=.=!!)
Saya: betul weyh…cite tu memang klaka gile la..
Adik: btul ke? Aritu ak tengok gak..tapi x lawak pun.
Saya: siyes! Lawak gile..tergelak2 aku sensorang cam org gile pun ada..hahah
Adik: yeke?? Erm..biase je.. (mybe separuh jeles kot adik saya ni..hahha)
Saya: hahha..tu la hang..sapa suh g main bowling smalam..rugi weyh..mmg best gile! (smgat=.=!!)
Adik: eleh! Main bowling lagi best.. best gile! T kte g main sesame plak nak??
                                      Tetibe…
Mak: dari tadi mak dengar..asyik perkataan gile je yang keluar..nak sangat ke jadi gile? Sebenarnya mak x suka dengar perkataan tu,, suke gile, benci gile power gile..sebenar nya paham dak maksud gile tu apa?? Gile tu kan x betul, x waras, x boleh berfikir dgn bagus.. nak ke jadi macam tu?? ALLAH da bg nikmat sihat, tapi minta p jd gila wat pa? tau kan perkataan tu x elok.. sekiranya Rasulallah SAW ada bersama2 kita, dengar segala perbualan kita, agak2 sedih x baginda? Agak2 baginda suke tak dengan perkataan tu?? baginda ajar segala yang baik, perkataan yg baik, amalan yg baik kat ummatnya, tapi kte ??elok sangat ke sebutan macam tu? Bukan tak boleh sebut perkataan gila tu, tapi guna kan lah perkataan gila tu di tmpat yg betul...dalam penggunaan bahasa yg betul..ingat,, setiap ap yg kte ungkap itu adalah satu doa..  ingat!

Zzzuuupp!! Sangat terkesan dihati! Part Rasulallah SAW tu.. tibe2 rse sebak..btul! ap yg dikataan emak sangat betul!..
Jadi dari situ saya berazam..nak tukar perkataan ‘gile’ jadi ‘SANGAT’..sangat baik,sangat power, sangat kool..x pun letak kt perkataan ‘sangat’ kt blakng pun boleh.. ‘pandai sangat’..bolehkan macam ni? Kte try sama2 ye..^^..

Ok berbalik pd situasi td..saya tahu, mak saya memang anti dengan perkataan gile ni, selain merosakkan bahasa, mak kata,,nmpak tidak sopan untuk kite sbg umat islam cakap macamtu..jaga lah imej sebagai umat islam.. bukankah ALLAH menyuruh kita mengucap kn benda dan perkara2 yang baik2?? yeargh! U’re rite mom!! Syukran mak!! Sebab menyedar kan kami..^^..habes da kisah pasai “gila”.

                                         malas gile dia ni!!..ops?!

Ok..la  ni, saya nak crita pasal ‘BAJET’ plak..

Apa maksud perkataan bajet tu ? bajet @ budget -dalam bahasa omputih-) bermaksud , belanjawan atau perbelanjaan. tetapi , dalam bahasa remaja zaman sekarang  ni, maksud bajet sudah jauh menyimpang dari landasan yang benar..sungguh tidak kool..hahah..

BAJET!!Ha, ni ayt fopular (gabungan famous n popular..ni nak menguat kan la.. hahha..klo ikut bahasa arab..nak mentakkid kan ayat ni..tu yang bergabung famous + popular tu)..yang perkataan ni lain pula crite nya… kalau nak tahu,( kalau tak nk tau pn, saya nak bgtau jugak)..ayah saya pulak yg tak suke dgr perkataan ni.. kalau dia dengar, mesti dia marah dan ckp “budak2 sekarang ni, tah apa2 tah bahasa nya! bajet..sikit2 bajet!,,apa la.."-smbil dia kerut2 dahi..huhu..-
Ha, ayah saya cukup tak suka dgr perkataan ni..alergik..huhu..nak dijadikan cerita…camni alkisah nya..

Masa tu, saya tengah basuh pinggan sambil borak2 dengan adik saya..(dgn adik saya lagi la..sbb adik saya suke bercakap..:P)..
Tengah2 borak, ayah dtg..
Ayah: tengah cerita pasal apa ni??
Saya: tak ada apa2 yah..ude ni..cerita apa2 ntah..hahha
Ayah: cerita la..
(adik saya pun cerita la sehabis baik.. tiba2, ter’kantoi’.. adik cakap perkataan ‘bajet hebat laa…’)-OK, PAUSE IT RIGHT THERE- BAJET??! (-.-")supposed to be perasan laaaaa…-(bak kte anwarhadi)
Ayah: apa? Bajet? Bajet apa?
Adik: (dengan confident nya..)bajet.. ala..bajet? bajet?
Ayah: tak paham ayah..bajet hebat?? Maksud nya?
Adik: ala.. bajet tu, macam untuk penggunaan ‘macam @ perasan’ la… (Tahniah wahai adik! Bajet ayah tau la kan?? Opss! Err..huhu)
Saya: ala yah,, bahasa budak2 sekarang..heh..(abes! +.+!!)
Ayah: em.. tu la yg ayah tak suke.. budak2 sekarang ni suka merosakkan bahasa.. tau tak mksud bajet tu apa sebenarnya?? Bajet tu makna nya belanjawan atau pun perbelanjaan tau tak? macam mana boleh sampai jauh sangat menyimpang makna nya??
-huhuu..maaf ayah..-=.=

Hahha..tu la kisah nya.. bajet?? Kita sebut bajet,.. omputih sebut budget..(same je la..cume ejaan je yg lain).. kalau ikut makna bahasa orang sekarang ni, bajet maksud nya macam adik saya kte tu. ‘macam’ or ‘perasan’..(err..btul ke?? Tapi saya rasa btul dah tu..huhu)..

Erm..jadi ini la perkongsian yang saya nak kongsi.. jadi saya try tuk ubah..memandangkan saya juga salah sorang yg amat menggemari perkataan tersebut..JADI JOM BERUBAH SAMA..huhu..juga disebabkn my mak and my ayah x suke, jd saya kne pakai bahasa yg betul..nanti, tak pasal2 kantoi..hahha..KANTOI?? ha..kantoi plak..
(weyh..dah la…esok2 la plak.. ni da penat nak menaip ni..=.='')

Orait kawan2..kalau ada apa2 yang best lagi.. saya akan kongsi.. ha, jangan lupa..jom sama2 kita berubah cara percakapan kita.. agar kita sentiasa kool dan bergaya.. (ada kaitan ke?)..err..
Apa-apa pun, kite kena dahulukan agama dulu… bila kita meletakkan agama at the first rank (islam meliputi semua aspek),, semua yg kita buat msti kite rasa..owh..agama islam larang buat camni,,  tak elok.. nanti ALLAH marah..nabi tak suke ni..ha,,macam ni,insyaallah..hidup sentiasa di berkati..:)

Ha..jadi begitula.. ^^..ok la..sesungguhnya,yg baik datangnya daripada ALLAH SWT, yg buruk itu datangnya dari kelemahan saya sendiri yang Allah benarkan berlaku untuk menunjukkan kita manusia tidak sama dengan Yang Maha Sempurna.
                                  Wallahu a’lam…
MARI BERUBAH DARI BAIK MENJADI LEBIH BAIK^^, SEMOGA KITA SEMUA SENTIASA DI DALAM  KEREDHAAN DAN KEBERKTAAN NY INSYAALLAH..AMIN~ ^^~

Selasa, 25 Oktober 2011

KISAH SEORANG PEMUDA YANG CUBA MELARIKAN DIRI DARI MALAIKAT MAUT..

SALAM SEMUA.. :) macam mana anda hari ini??


so..cerita kali ini..ana ambil dari sahabat ana..dimana cerita ini agak famous dan menarik untuk dibaca.. semoga pengisian kali ini memberi manfaat dan pengajaran buat kita semua...:)



Kisah ini berlaku semasa zaman Nabi Sulaiman a.s. Pada suatu hari, Nabi Sulaiman bin Daud a.s mengadakan sebuah majlis keramaian dan menjemput semua rakyat baginda untuk menghadiri majlis itu. Ketika majlis itu sedang berlangsung, terdapat seorang pemuda yang sedang mengambil makanan.
Tiba-tiba dia terperasan yang seseorang yang tidak dikenali sedang merenungnya dengan pandangan yang begitu tajam sekali. Pemuda itu menjadi begitu risau dan hilang selera makannya. Ketika hendak pulang ke rumah, pemuda tersebut disapa oleh tuan rumah; iaitu Nabi Sulaiman a.s. Lalu dia pun menceritakan kisahnya bertemu dengan seseorang yang memandang tajam terhadapnya. Lalu Nabi Sulaiman dengan tenang mengatakan bahawa itu adalah malaikat Izrail. Pemuda itu dapat merasakan bahawasanya Malaikat Maut telah datang untuk mencabut nyawanya.
Lalu dia meminta Nabi Sulaiman agar menghantarnya ke sebuah pulau yang jauh lagi tidak berpenghuni dan tidak diketahui oleh seorang pun, dengan harapan Malaikat Maut tidak dapat mencarinya. Maka Nabi Sulaiman dengan kemampuannya telah mengarahkan angin untuk menghantar pemuda tersebut ke pulau yang diminta.
Apabila sampai di pulau tersebut, pemuda itu begitu gembira kerana telah berjaya lari daripada maut. Tetapi, ketika mana dia menoleh ke belakang, dia terkejut besar apabila mendapati Malaikat Maut telah tercegat di belakangnya!
Dengan perasaan berputus asa, dia bertanya kepada Malaikat Izrail mengapakah dia merenungnya tajam ketika dalam majlis Nabi Sulaiman.


Maka Malaikat Izrail menjawab, sebelum dia berjumpa dengan pemuda itu di dalam majlis tersebut, Malaikat Izrail telah mendapat perintah daripada Allah azza wa jalla untuk mencabut nyawa pemuda itu di sebuah pulau yang jauh dan tidak berpenghuni, iaitu di pulau yang sedang mereka berdiri ketika itu. Apabila dia bertemu dengannya dalam majlis tersebut, Malaikat Izrail menjadi begitu hairan kerana pemuda itu berada di majlis tersebut sedangkan dia ( Izrail) dititahkan untuk mencabut nyawanya di sebuah tempat yang begitu jauh daripada tempat majlis itu berlangsung dalam masa beberapa minit lagi. Malaikat Izrail tertanya-tanya bagaimana mungkin pemuda itu dapat pergi ke tempat yang begitu jauh dalam masa yang cukup singkat. Namun, apabila Malaikat Izrail sampai di pulau di mana dia perlu mencabut nyawa pemuda itu, didapati pemuda tersebut telah berada dipulau itu. Maka mudahlah kerjanya. Barulah pemuda iu sedar bahawasanya Allah s. w. t. itu Maha Berkuasa dan maut itu akan merenggut kita di mana jua kita berada.

KELEBIHAN ATAU KEPANDAIAN??

Assalamualaikum semua…hai..apa khabar iman anda?? J…

Hari ni tetibe j ana bersemangat nk update blog… ana ingat nk share cerita dgn anda semua..  sblum tu..trima kasih ye krana sudi baca ana pnya cerita ni…hehhe..trharu..:p

Sebenar nya tetiba ana tringat kat shbt ana seorang ni…seorang laki..peramah dan baik..( mcm lmbut..tapi sebenar ny x..huuhu).. dia seorang pengawas dan berkempipinan.. brani berkata2 d hdpn khalayak ramai..mse form5..ana ngat dia y akn naik sbg ketua pengawas..tetapi bkn dia..masa tu..ana pelik jugak..kenapa guru disiplin(merangkap guru pengawas).. tdk memilih shbt ana ni sbg ketua pengawas (ketua murid)..selepas di kaji…baru lah ana tahu..alasn ny sbb dia dari kelas hujung (means,kelas yang pelajarnya kurang pandai la)…sekolah ana ni plak..jenis mnjaga imej jugak…jadi di ambil la pelajar dari kelas pertama jadi ketua murid..pelajar yg jadi ketua ni plajar duduk luar ..mksd ny x duduk asrama la.. jadi ramai plajar2  tak puas hati…lebih2 lagi ketua pengawas tu duduk luar...ye la..susa la dia nak ambil tau masalah2 students kan?? Kalau tahu pun,,Cuma  masa waktu skola je la kn?? Itu pun kalau tahu la kan?? jenis dia pulak x pandai bergaul dgn pelajar2 lain..huhu..jd ramai pelajar x puas hati..lagi pun ketua 2 x nmpk lngsung ciri2 kepimpinan… bila di usul kn kpd guru2..mereka still ngn kputusan sndiri..bg mereka malu jika seorang ketua pengawas datangny dari kelas blakang… mse tu ana agak trkilan jgk..sbb ana di antra ny.. tapi ana x pengawas la… tapi dr situ ana dpt tau kbyakn(x sume ok..huhu) daripada guru2 tu pndng rendah pada kami yang kelas balakng ni..jadi bebalik kpd ktua yg memegang tampuk kepimpinan tu….sebelum tu..ana pernah terfikir..adkah guru2 memilih dia di sebabkn dia seorang anak cikgu yang agak terkenal??..(assumption ana sendiri la)..ramai pelajar mcm x stuju..tapi nak wat cmne…kuasa di tngan guru disiplin kan..sebenar ny ana pun x stuju..bkn sbb sahabat  ana tu tidak dipilih,,tapi ana sebenarnya  tidak nampak ciri2 kepimpinan pd dia(ketua baru tu )..tapi ana biar kn dulu..mybe pada luaran sahaja.. ana kata pada shbt2 ana..x pe,,kta bg peluang kt dia.,,mne tau dia mmpu bawak tugas dia.. tapi hari demi hari…  ana lihat dia mmg tidak mmpu kawal pelajar..disiplin ketika itu agak tidak memberangsangkan.. ana masih ingat lagi..dalam dewan perhimpunan sekolah.. pelajar..standard la…suka buat bising masa berhimpun..(BUKAN HIMPUNAN SJUTA UMMAH YE..HEHHE)..ad seorng cikgu tu mengarahkan ketua tu handle pelajar2 agar diam…sebanyak 3 kali ketua 2 suruh diam..tapi pelajar2 tidak diam2 jgak.. KENAPA??LIMAZA?? WHY?? Sbb dia bukan lah seorng yang tegas..cakap pun biasa je..seperti tiada nada..huhu..mkin lama pelajar2 sukar di kawal..tetiba..naikla sahabat ana ni..(yg kls ujung tadi),,atas pentas tu dan berkata: “SEMUA PELAJAR DIMINTA DIAM!!!”..skali shja arahannya..semua plajar  diam.. :“BAGUS!! TERIMA KASIH”..lalu dia turun dari pentas tersebut.. guru2 yang hadir disitu diam..barangkali menyesal atas pnyalahan pemilihan ketua murid..kot..kot saja…hehhe..ana teke2 ja..semua pelajar  dapat mengikut arahan sahabat ana ni sebab dia seorang yang suke bergaul dgn semua tingkatan berbanding ketua murid yg baru ni yang lebih suke bergaul dgn form sendiri ni..jd sahbt ana ni..seorang yang di segani jugak la..huhuh.. pelajar2 smua suke dan respect kat dia sbb dia x nmpk sombong dan selalu ceria..itulah kelebihannya..

kdg2 ana terfikir..PATUT KAH AKADEMIK OR KEPANDAIAN SESEORANG ITU MENJADI  UKURAN UNTUK SESEORANG ITU MEMERINTAH ?? Meskipun pandai tetapi tiada skill untuk memerintah..adakah wajar dia dipilih untk mnjadi ketua?? Dan adakah disebabkn sesorang  yang pandai dan tahu cara memerintah cuma kurang pandai dlm akademik  tidak layak di beri peluang memegang tampuk kepimpinan??  Memang hakikat ny… kedua2 itu amat penting…ABILITY AND EDUCATION…mmg  ia saling  bersangkutan..itu dalah lbih baik..but.. AT THE END of this story…kElas kami yg dipanggil KELAS HUJUNG 2…telah Berjaya menaikkan peratus keputusan spm bagi sekolah kami.,,sekolah ana juge mnjadi di antra sekolah yang mndapat peratusan tertinggi  bagi subjek AL-QURAN DAN AS-SUNNAH..ALHAMDULILLAH~..:)..dan sahabt ana ni  juga merupakan salah satu penyumbang kpd kenaikan peratus tersebut dan dia tlh mndapt ANUGERAH TANGAN EMAS (anugarah ni khas untuk pelajar yg dikenali oleh semua guru ats kebaikan dan pertolongan serta jasanya di skolah..)..jd.. kesimpulannya??? DON’T JUDGE BOOK BUT ITS COVER…(ad kaitan x??huhuu)…jgn pandang kurang pd sesorang tu dsebabkn  kurangnya  kepandaiannya…tapi pandang la kebaikanny trhadap orang lain..:)..ALLAH tidak melihat hambaNYA yg PALING PANDAI..tapi ALLAH menilai hambaNYA  berdasarkan USAHAnya terhadap ALLAH..em..smpai di sini sAhaja kita pd kali ini..maaf la kalau entry kali ini, anda rasa telah membuang masa anda,,sama2 la kita mengambil pengajaran atau manfaat drpda cerita ini..terima kasih atas masa yang anda telah luangkan..:)..kita jumpa di lain waktu ok?? J

Selasa, 18 Oktober 2011

KASIH ALLAH~

                                     Subhanallah,,Alhamdulillah,,Lailaahaillallah..Allahu akbar...

Assalamualaikum sume.... maaf semua...da lame x update blog ni..hehhe.. ni bru berkesempatan.. trima kasih buat yg mengikuti blog ni...syukran jiddan!!:)..sayang anda semua!!

erm...bercakap pasal kasih sayang.. siapa yang paling anda sayang?? mak ayah?? family?? sahabat2?? or boy/gurlfriend??heheh...mcm2 jawapan kite... tapi tahukah kita.. ad yg lebih menyanyangi kita..paling merindui kita..tanpa kita sedar kehadiranny.. tanpa kita sedar bahawa kebahgiaan,,kegembiraan..suke,,duka.. kesedihan datang dari NYA.. persoalnnya... SIAPA DIA?? 
Bkn family kita,, bkn pakwe or makwe kita,, dan bukan sahabat2 kita... tetapi DIALAH AL-KHALIQ kita,,ALLAH SWT..DIA tidak prnah meninggal kn kita walaupn sesaat... tapi...tnpa kita sedar dan trus di alam ke"KHUSYUKAN" hidup kita sendiri..kita tlh mengabaikan DIA!!.. sedar atau tdak.. walaupn kita meninggalkn ALLAH,, DIA tetap menghampiri kita... DIA jatuh kn ujian ke atas kita.. tanpa kita sedar sebebnarny,,, DIA cube menarik kita kembali dalam dakapanNYA...tapi...apa yang kita lakukan?? memarahi,, menyalah kn ALLAH atas sgala2 yang tlh brlaku...  adil ke?? setelah sekian lama nikmat yg tlh ALLAH beri...lalu kita mendusta knnya,memarahi ALLAH..sprti org yang tdak reti bersyukur?? tdak malu kah kita??ni kah d namakn adil untuk kita??

oleh itu..sama2 lah kita merenung kmbali...ingat lah...kasih syg itu dtg ny dr ALLAH..jika DIA menghilangkn rasa kasih syg itu,, boleh kah kita menyanyangi ibubapa kita?? boleh kah kita mencintai family kita?? boleh kah kita menyayangi sahabat2 kita?? sudah tntu TIDAK!!..sgla2 ny adalah milik ALLAH... hargailah..INGAT LAH WAHAI SAHABAT2 KU!! selangkah kita kepada ALLAH... SERIBU LANGKAH ALLAH KPADA KITA..lihat lah,...betapa ALLAH AMAT MENYAYANGI KITA..:)
*muhasabah untuk saya dan semua..:)

Selasa, 3 Mei 2011

Musafir Lara..

Izinkanlah untuk aku duduk bersinggah
Dan menghirup sisa malam tanpa cahaya
Barangkali ini bukan tempat terakhir
Aku harus terbang pergi dalam derita..

Di saat ini ketika ini
Mana temanku dulu memayungku
Hati bersedih sekelip mata
Hilang semuanya sebatang kara

Baru kini aku sedar letak diriku
Musafir lara berkelana dalam ujian
Aku musafir
Di bumi cinta
Yang sedang luka bergelora
Tanpa perlindungan di lambung badai
Di pukul resah entah kemana

Aku ini bukan malang bukan terbuang
Sebenarnya aku dalam persimpangan jalan hidupku
Ku berdoa pengakhiran hidup biar tenteram
Walau telah jenuh
Aku lewati onak ranjau lembah bara
Datang dan pergi terjatuh, tersadung lalu ku bangkit semula
mencariNya

KepadaMu
PadaMu jua
Aku berserah
Oh..Tuhanku

by Fitri Haris.

Isnin, 25 April 2011

Aku yang mereka panggil wanita



keimananku hanya
1. kepada ALLAH
2. Kepada Malaikat
3.Kepada Kitab
4.Kepada Rasul
5.Hari Kiamat
6.Qadak dan Qadar

Akhlakku
1.Mencintai ALLAH
2.Cintai Rasul
3. Bersifat benar
4. Bertaubat
5.Bersyukur
6.Bertaqwa
7.Jauhi takabur

Amalan anggotaku
1. Mengucap syahadah
2. Membaca Al-quran
3.Belajar Ilmu
4.Zikrullah
5.Menjaga lidah lidah dan anggota
6.Berdoa
7.Beristighfar

Tugas untuk diriku
1.Bersuci
2.Tutup Aurat
3.Solat lima waktu
4.Tidak syirik
5.Membayar hutang
6.Beribadah

Untuk keluargaku
1.Bernikah
2.menjaga hak keluarga
3.hormat ibu bapa
4.mendidik keluarga
5.Bersilaturrahim
6.sayang-menyayangi
7.memberi nafkah


'Setiap orang dilahirkan dengan keunikan-kenikan tersendiri.'