APA KHABAR IMAN ANDA~

Selasa, 18 Oktober 2011

KASIH ALLAH~

                                     Subhanallah,,Alhamdulillah,,Lailaahaillallah..Allahu akbar...

Assalamualaikum sume.... maaf semua...da lame x update blog ni..hehhe.. ni bru berkesempatan.. trima kasih buat yg mengikuti blog ni...syukran jiddan!!:)..sayang anda semua!!

erm...bercakap pasal kasih sayang.. siapa yang paling anda sayang?? mak ayah?? family?? sahabat2?? or boy/gurlfriend??heheh...mcm2 jawapan kite... tapi tahukah kita.. ad yg lebih menyanyangi kita..paling merindui kita..tanpa kita sedar kehadiranny.. tanpa kita sedar bahawa kebahgiaan,,kegembiraan..suke,,duka.. kesedihan datang dari NYA.. persoalnnya... SIAPA DIA?? 
Bkn family kita,, bkn pakwe or makwe kita,, dan bukan sahabat2 kita... tetapi DIALAH AL-KHALIQ kita,,ALLAH SWT..DIA tidak prnah meninggal kn kita walaupn sesaat... tapi...tnpa kita sedar dan trus di alam ke"KHUSYUKAN" hidup kita sendiri..kita tlh mengabaikan DIA!!.. sedar atau tdak.. walaupn kita meninggalkn ALLAH,, DIA tetap menghampiri kita... DIA jatuh kn ujian ke atas kita.. tanpa kita sedar sebebnarny,,, DIA cube menarik kita kembali dalam dakapanNYA...tapi...apa yang kita lakukan?? memarahi,, menyalah kn ALLAH atas sgala2 yang tlh brlaku...  adil ke?? setelah sekian lama nikmat yg tlh ALLAH beri...lalu kita mendusta knnya,memarahi ALLAH..sprti org yang tdak reti bersyukur?? tdak malu kah kita??ni kah d namakn adil untuk kita??

oleh itu..sama2 lah kita merenung kmbali...ingat lah...kasih syg itu dtg ny dr ALLAH..jika DIA menghilangkn rasa kasih syg itu,, boleh kah kita menyanyangi ibubapa kita?? boleh kah kita mencintai family kita?? boleh kah kita menyayangi sahabat2 kita?? sudah tntu TIDAK!!..sgla2 ny adalah milik ALLAH... hargailah..INGAT LAH WAHAI SAHABAT2 KU!! selangkah kita kepada ALLAH... SERIBU LANGKAH ALLAH KPADA KITA..lihat lah,...betapa ALLAH AMAT MENYAYANGI KITA..:)
*muhasabah untuk saya dan semua..:)

Selasa, 3 Mei 2011

Musafir Lara..

Izinkanlah untuk aku duduk bersinggah
Dan menghirup sisa malam tanpa cahaya
Barangkali ini bukan tempat terakhir
Aku harus terbang pergi dalam derita..

Di saat ini ketika ini
Mana temanku dulu memayungku
Hati bersedih sekelip mata
Hilang semuanya sebatang kara

Baru kini aku sedar letak diriku
Musafir lara berkelana dalam ujian
Aku musafir
Di bumi cinta
Yang sedang luka bergelora
Tanpa perlindungan di lambung badai
Di pukul resah entah kemana

Aku ini bukan malang bukan terbuang
Sebenarnya aku dalam persimpangan jalan hidupku
Ku berdoa pengakhiran hidup biar tenteram
Walau telah jenuh
Aku lewati onak ranjau lembah bara
Datang dan pergi terjatuh, tersadung lalu ku bangkit semula
mencariNya

KepadaMu
PadaMu jua
Aku berserah
Oh..Tuhanku

by Fitri Haris.

Isnin, 25 April 2011

Aku yang mereka panggil wanita



keimananku hanya
1. kepada ALLAH
2. Kepada Malaikat
3.Kepada Kitab
4.Kepada Rasul
5.Hari Kiamat
6.Qadak dan Qadar

Akhlakku
1.Mencintai ALLAH
2.Cintai Rasul
3. Bersifat benar
4. Bertaubat
5.Bersyukur
6.Bertaqwa
7.Jauhi takabur

Amalan anggotaku
1. Mengucap syahadah
2. Membaca Al-quran
3.Belajar Ilmu
4.Zikrullah
5.Menjaga lidah lidah dan anggota
6.Berdoa
7.Beristighfar

Tugas untuk diriku
1.Bersuci
2.Tutup Aurat
3.Solat lima waktu
4.Tidak syirik
5.Membayar hutang
6.Beribadah

Untuk keluargaku
1.Bernikah
2.menjaga hak keluarga
3.hormat ibu bapa
4.mendidik keluarga
5.Bersilaturrahim
6.sayang-menyayangi
7.memberi nafkah


'Setiap orang dilahirkan dengan keunikan-kenikan tersendiri.'

Khamis, 18 November 2010

HARI RAYA AIDILADHA:)...APAKAH KEISTIMEWAAN NYA???

salam sume...ana dtg lagi...hope sume x bosan...hehehe....kali ni nk cite pasl 'eid adha....ha,klo ckp pasal raya aidil adha,ia sinonim ngn raye ap???ha..jawb2...hahha
pndai pon!!!raye korban....korban ap???orang ke??ke korban kn kasih syg???x... korban lmbu!!!kan??em...ap ye di sebalik raya ni....knp trjadi raya ni eh???smpena ap??nak tau lbh lnjut x pasal raya haji@korban ni???huhu...jom layan ana kt bawah ni...

* Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t....huhu...2 tau kan??ha jom layan g...

* Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

* Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

* Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.

* Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid.

* Manakala bagi Aidiladha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

HARI RAYA DALAM HADITH
* Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas r.a, yang bermaksud: "Rasulullah SAW datang ke Madinah, sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah SAW bertanya: Hari apakah yang dua hari ini? Mereka menjawab: Kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah: Kemudian Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha."
(Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas)

*Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) “Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.”
(Hadis riwayat At-Tirmizi)

*Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) yang telah diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan Al-Hakim yang bermaksud: "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai Allah daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih."

*Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a:
Diriwayatkan daripada Ibnu Juraij katanya: Aku telah diberitahu oleh Ata' daripada Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a kedua-duanya berkata: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri) dan sembahyang Hari Raya Korban (Aidiladha). Selepas beberapa ketika aku bertanya Ata' tentang perkara tersebut: Lantas dia menjawab dengan berkata: Aku telah diberitahu oleh Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a bahawa: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri), baik ketika imam keluar atau sesudahnya. Juga tiada iqamat atau apa-apa pun.

Jadi cne sahabat2???okey x???klo x,,,jn lupe komen ea???heheheh...
selamat hai raya aidiladha semua!!!mkn lmbu jgn lpe ana!!ops! mkn daging lmbu...ap lak mkn lmbu...x pasal2 kne sondol t...hahaha:)k2...assalamualaikum:)

Ahad, 14 November 2010

Kelebihan Seorang Insan yang Bernama Wanita

HADIS-HADIS NABI : MENGENALI WANITA
Oleh Faza-Miza (Petikan dari Majalah Perkahwinan)

Ramai yang tidak tahu bahawa ada beberapa pekara yang telah tercatit dalam hadis yangmengisahkan perbezaan darjat kaum wanita dan lelaki. Perbezaan-perbezaan ini yang menaikan darjat kaum wanita.Ciri-ciri tersebut disesenaraikan di bawah ini :-

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuatdaripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibulebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dlm rahimnya,maka beristighfarlahpara malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dgn 1,000 kebajikan danmenghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mula sakit hendak bersalin,maka Allah mencatatkan
baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak,keluarlah dia dari dosa-dosa seperti
keadaan ibunya melahirkanya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada
susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allahmemberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membelaagama Allah.

7. Barangsiapa yang mengembirakan akan perempuannya, darjatnya seumpama orangyang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah akandiharamkan api neraka keatas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makan dari pasar ke rumah)lalu diberikankepada keluarganay, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anakperempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuanseolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama,maka Allah
memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun)

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan,memeliharakehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahajayang dikehendaki.

11.Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh

12.Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknyaterhadap wanita?? Jawab Rasulullah,"Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?"Jawab Rasulullah, "Ibunya".

13.Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan
ibumu dahulu.

14.Wanita yang taat akan suaminya, ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit,matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminyaserta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka danterbuka pintu-pintu syurga.Masuklah dari mana? mana pintu yang di kehendaki dengantidak dihisab.

16. Syurga itu dibawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di
dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau duaanak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulandengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab,maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anakperempuannya, lalu berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalangbaginya daripada api neraka.

Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah.wanita sebenarnya yang membuat seseoranglelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah .
~

Malam Pertama Kita

Satu hal sebagai bahan renungan Kita...
Tuk merenungkan indahnya malam pertama
Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata
Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam Dan Hawa

Justeru malam pertama perkawinan kita dengan Sang Maut
Sebuah malam yang meninggalkan isak tangis sanak saudara

Hari itu... mem pelai sangat dimanjakan
Mandipun...harus dimandikan
Seluruh badan Kita terbuka....
Tak ada sehelai benangpun menutupinya. .
Tak ada sedikitpun rasa malu...
Seluruh badan digosok dan dibersihkan
Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkan
Bahkan lubang-lubang itupun ditutupi kapas putih...

Itulah sosok Kita....
Itulah jasad Kita waktu itu

Setelah dimandikan.. ,
Kitapun dipakaikan gaun cantik berwarna putih
Kain itu ...jarang orang memakainya..
Karena sangat terkenal bernama Kafan
Wangian ditaburkan kebaju Kita...
Bahagian kepala.., badan. .., dan kaki diikatkan
Tataplah.... tataplah. ..itulah wajah Kita
Keranda pelaminan... langsung disiapkan
Pengantin bersanding sendirian...

Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetangga
Menuju istana keabadian sebagai simbol asal usul
Kita diiringi langkah longlai seluruh keluarga
Serta rasa haru para handai taulan
Gamelan syahdu bersyairkan adzan dan kalimah Dzikir
Akad nikahnya bacaan talkin....
Berwalikan liang lahat..
Saksi-saksinya nisan-nisan. . yang telah tib a duluan
Siraman air mawar.. pengantar akhir kerinduan
Dan akhirnya.... tiba masa pengantin..
Menunggu dan ditinggal sendirian,
Tuk mempertanggungjawab kan seluruh langkah kehidupan

Malam pertama yang indah atau meresahkan..
Ditemani rayap-rayap dan cacing tanah
Di kamar bertilamkan tanah..

Dan ketika 7 langkah telah pergi.....
Sang Malaikat lalu bertanya.
Kita tak tahu apakah akan memperoleh Nikmat Kubur...
Ataukah Kita akan memperoleh Siksa Kubur.....
Kita tak tahu...Dan tak seorangpun yang tahu....

Besarnya Makna Doa yang Kita Lupakan Semasa Duduk Antara Dua Sujud

Sumber: LayarMinda

Dalam tidak sedar, setiap hari kita memohon dalam solat kita tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami. Sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini.

Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat. Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku). Diamlah sejenak, buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah.

Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah. Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan. Kemudian sampaikanlah permintaan kedua, Warhamni (sayangi aku). Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya.

Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima. Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah permintaan-permintaan berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..

Wajburnii (tutuplah aib-aibku)

Warfa'nii (angkatlah darjatku)

Warzuqnii (berilah aku rezeki)

Wahdinii (berilah aku petunjuk)

Wa'Aafinii (sihatkan aku)

Wa'fuannii (maafkan aku)

Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita
betapa besarnya nilai doa ini, sebuah doa yang kita hanya remehkan begitu sahaja.